Thursday 22 August 2019

Wednesday 21 August 2019

Pantang Nampak Kedai Baru Buka Mesti Nak Masuk

August 21, 2019 6 Comments
Assalamualaikum

Lately tak habis dok update kedai RM2 la

Kali ni kedai seakan RM2 juga tapi tak semua barang RM2

Lokasi kedai ni belakang Pasaraya Maslee

Kedai ''MY WAY''

Anak syarikat Kedai Serbaneka Tian Seng...alaaa Kedai yang sebelah Maslee Taman Teratai tu



Uyui kalau sampai kedai gini memang suka tengok barang dapur ...lagi lagi warna oren
sebab dapur Uyui semua warna Oren
Nantila Uyui share dapur Uyui yang tak siap tu


Antara barang barang yang ada dalam kedai My Way


Harga nya takdela semua RM2
ada juga yang lebih










Kalau pergi Kedai Eco RM2.10
Tapi kat sini 10 sen dah takde
Tapi barang nya lebih kurang Kedai Eco
Jimat 0.10 sen


Mr Macho cakap tak payah sibuk sibuk nak cari barang tukang dia kat Mr DIY
Kat kedai ni dah ada semua



Anak anak apa lagi 
tak habis habis dengan PONY nya


Selesai jelajah kedai baru buka

Lepas ni tunggu Econsave opening pulak

^_^

Tuesday 20 August 2019

Balik Kampung Tengok Dinasour

August 20, 2019 0 Comments
Assalamualaikum

Siapa tak seronok balik kampung kan

Especially anak anak

Seronok dapat berkumpul jumpa sepupu sepapat

Main tak ingat dunia

Sesampai je kampung

Sepupu sibuk ajak pergi Dinasour Land kat Muar

Alang alang Uyui tak pernah pergi

Join sekali lah bawa anak anak



Time cuti cuti gini memang ramai sangat manusia

Tapi time macam ni la dapat pergi kan

Kalau hari biasa susah sangat nak jejak kaki


Masuk masuk je dah ada replika Dinasour


Damia suka sangat nak pergi tengok Dinasour

Baju raya pun mama nya malas nak tukar kan

Nak masam biar masam sekali arong

Malas sungguh mama nya kan

Tapi nasib baik 3d's ni elok ja mood nya



Nak masuk sini tak perlu bayar apa apa pun

tapi kalau nak main ride itu wajib bayar

Kalau tak dok tengok je la



Ni kawasan macam tempat persembahan Diansour

Pelbagai jenis & nama Dinasour

Kalau Uyui sekali tengok macam sama je semua dinasour nya

hihihii

Anak dara sorang ni nak bergambar je tak sudah nya




Ni area bahagian luar

LAgi banyak replika Dinasour nya

Seperti di habitat diorang



Ni separuh sepupu sepapat Darwisy

Separuh lagi tinggal kat kampung



Kaunte tiket nya pun comel je




Tapi tempat nya kecil je

Tak luas sangat pun

Tak dan penat lagi tiba tiba dah sampai ke hujung

^_^

Asalkan anak anak seronok mama papa dah ok dah
Janji puas hati

Monday 19 August 2019

Kedai Eco Parit Sulong

August 19, 2019 6 Comments
Assalamualaikum

Kisah dalam perjalan balik balik JB waktu cuti Raya haji hari tu

Kedai Wajib singgah sudah semestinya Kedai Eco

Boleh tahan juga besar Kedai Eco Parit Sulong ni


Kalau yang mana balik kampung suka ikut jalan lama

kalau Dari Johor memang akan nampak Kedai eco ni tepi jalan je

Selepas simpang Parit Sulong


Anak anak seronok sangat masuk dalam ni

sebab besar dan luas


Mr Macho kata tak nak beli apa apa

tapi kadang kadang dia yang over membeli

^_^



Tapi biasala walaupun besar barang barang viral memang payah nak jumpa

Sebab Eco area JB pun habis dah Uyui jelajah tapi semua takde lagi

Maybe belum sampai stok agaknya

Seronok masuk Eco

Haaaa highway & jalan lama memang sesak teruk

Highway jammed

Jalan lama Sedenak pun jammed juga

Last last masuk Bukit Batu

Lalu Pontian, setenang jalan

sambil tu dapat menikmati pemandangan ladang nanas yang terbentang luas



Rasa macam pergi obersea

hihihi

teruja sekejap

*tak sempat snap gambar banyak banyak sebab Darleena sibuk nak dokong

Thursday 15 August 2019

Tuesday 13 August 2019

Kisah Inspirasi: ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA

August 13, 2019 5 Comments
Kisah Inspirasi: ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA Puan Jue Pengasas Seri Lady. Seronok mama baca kisah si cantik Puan Jue ni. Sungguh memberikan inspirasi dalam mencapai kejayaan. Walau apapun yang kita lakukan niat adalah penting dan niat untuk membahagiakan ibu adalah niat paling murni sekali..

Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ 39 tahun. Aku membesar dgn melihat kesengsaraan,kepayahan ,ketabahan serta kesabaran hidup ummi dlm mencari rezeki membesarkan kami adik beradik..
Dalam keadaan membesar ini lah aku byk belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana x ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami…
Ummi membesarkan kami dgn berniaga kantin kilang.. Dr zaman sekolah aku dh mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik.
Wanita ini nekad untuk membahagiakan Ibunya,setelah melihat keperihan Ibunda nya, Puan Sharifah Rauzah,68
img_6662
Sangat menjadikan Ibu nya Idola & Inspirasi sepanjang kehidupan dan Perniagaan nya, Puan Jue meletakan segalanya adalah IBU nya dihadapan..
PADA TAHUN 2017 NEKAD UNTUK MENGHASILKAN PRODUK ‘SERI LADY‘. BERMULA HANYA KERANA KEBENGANGAN MEMPUNYAI SUSUK TUBUH YG AGAK BERISI, DAN TERUS MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN WALAU BANYAK DUGAAN YANG HARUS DITEMPUHI.

7969d324-5c2b-40d3-923d-46190a37a3f0
BERKAT KESABARAN & TIDAK MELUPAKAN SUMBER INSPIRASI IBUNYA, TERUS MENJALANKAN PENIAGAAN SERI LADY SEHINGGA KINI, MALAH TELAH MEMPUNYAI SERAMAI 70 AGEN JUALAN YANG BERKUALITI SERATA MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI.
img_2340
img_6665
SEBAHAGIAN AGEN JUALAN YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG SERI LADY. MALAH AGEN JUALAN JUGA MENJADIKAN ‘PUAN JUE’ SEBAGAI SUMBER INSPIRASI KERANA SIFAT RENDAH DIRI & KETABAHAN MENAIKAN PERNIAGAANNYA..
img_6664img_6663
img_6655
BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘ HARGAI IBU YANG MASIH ADA, 2764

img_6670
MENGHADIAHKAN PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2019 BUAT IBUNYA.

img_6666
SALAH SEORANG ANAK DIDIK AZIZAN OSMAN (TITANIUM) BERSAMA 2 RAKAN KONGSI CIK NAZIRA SHARIFF & AIN HAMID.

img_6669
BERSAMA SUAMI ENCIK ZAMRI, ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT & DORONGAN.

img_6668
KELUARGA BESAR, PUAN JUE ADALAH ANAK KE 2 DARI 4 BERADIK.

img_8976
img_6643

Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY



Detail Seri Lady :



IG Seri Lady Official :

Fb Link :

Thursday 8 August 2019

Finally Result Darwisy

August 08, 2019 3 Comments
Jam 4 petang Uyui sampai di Columbia Hospital
Tapi klinik nya dah tutup
sangkanya kol 5 baru tutup
Alahai terpaksa pergi ke bahagian Emergency


Darwisy memang tak boleh jalan
berdiri pun susah
sebab kakinya sakit sangat
kata Darwisy
Jadi terpaksa la duduk di wheelchair




Muka Darwiys dah cuak sangat bila mama nya kata ''Jom pergi hospital''
Sebenarnya bukan buat apa pun
cuma nak x ray apa yang berlaku kat kaki dia tu
Agakanya fikiran dier dh macam macam agaknya


Biasalah pendaftaran tu wajib
pergi mana mana hospital pun memang wajib daftar

Settle bab daftar
tak sampai setengah jam dah boleh jumpa doktor dah
Dr soal siasat punca sakit jadi Dr ambil keputusan kena Xray la kakinya tu


Terus pergi Xray
Mr Macho & Darwisy je yang masuk bilik Xray tu sebab waktu Damia pun ikut
jadi Uyui tak boleh nak ikut sekali

Selesai Xray
dah dapat result Xray
Dr panggil semula

Alhamdullillah tiada yang patah atau retak
cuma otot tisu nya koyak
tu yang membuatkan peha nya sakit sangat sampai tak boleh nak jalan

Jadi Dr sarankan Darwisy tak boleh nak bergerak aktif lagi selepas ni
Boleh aktif tetapi aktiviti yang tidak terlalu berat
Sebab buadak budak otot  & tulang nya sangat sangat rapuh jadi memang kena jaga jaga

Dr cuma bagi ubat painkiller supaya boleh hilang sakit nya
setiap 8 jam wajib makan ubat
sehingga ubat habis


Punca Darwisy jatuh katanya kawan kawan nya tolak eaktu dia tengah melukis di meja
macam pelik sebenarnya.takkan la tengah duduk jatuh sampai tak boleh berjalan
impact sangat sangat kuat kalau sampai tisu koyak

Alahai darwish oh darwisy
Hati mak mana yang tak risau tiba tiba bangun pagi anak tak boleh berjalan
pergi tandas semua perlu dipapah

Alhamdullillah dah 8 hari berlalu
kaki Darwisy dah semakin ok
cuma dalaman nya kita tak tau dah pulih sepenuh nya atau pun tidak


Moga semuanya baik baik saja

*Sekarang dah boleh berlari..mama nya yang risau lebih takut sakit semula

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain