Showing posts with label mama3dlife. Show all posts
Showing posts with label mama3dlife. Show all posts

Wednesday, 21 August 2019

Pantang Nampak Kedai Baru Buka Mesti Nak Masuk

August 21, 2019 6 Comments
Assalamualaikum

Lately tak habis dok update kedai RM2 la

Kali ni kedai seakan RM2 juga tapi tak semua barang RM2

Lokasi kedai ni belakang Pasaraya Maslee

Kedai ''MY WAY''

Anak syarikat Kedai Serbaneka Tian Seng...alaaa Kedai yang sebelah Maslee Taman Teratai tu



Uyui kalau sampai kedai gini memang suka tengok barang dapur ...lagi lagi warna oren
sebab dapur Uyui semua warna Oren
Nantila Uyui share dapur Uyui yang tak siap tu


Antara barang barang yang ada dalam kedai My Way


Harga nya takdela semua RM2
ada juga yang lebih










Kalau pergi Kedai Eco RM2.10
Tapi kat sini 10 sen dah takde
Tapi barang nya lebih kurang Kedai Eco
Jimat 0.10 sen


Mr Macho cakap tak payah sibuk sibuk nak cari barang tukang dia kat Mr DIY
Kat kedai ni dah ada semua



Anak anak apa lagi 
tak habis habis dengan PONY nya


Selesai jelajah kedai baru buka

Lepas ni tunggu Econsave opening pulak

^_^

Tuesday, 20 August 2019

Balik Kampung Tengok Dinasour

August 20, 2019 0 Comments
Assalamualaikum

Siapa tak seronok balik kampung kan

Especially anak anak

Seronok dapat berkumpul jumpa sepupu sepapat

Main tak ingat dunia

Sesampai je kampung

Sepupu sibuk ajak pergi Dinasour Land kat Muar

Alang alang Uyui tak pernah pergi

Join sekali lah bawa anak anak



Time cuti cuti gini memang ramai sangat manusia

Tapi time macam ni la dapat pergi kan

Kalau hari biasa susah sangat nak jejak kaki


Masuk masuk je dah ada replika Dinasour


Damia suka sangat nak pergi tengok Dinasour

Baju raya pun mama nya malas nak tukar kan

Nak masam biar masam sekali arong

Malas sungguh mama nya kan

Tapi nasib baik 3d's ni elok ja mood nya



Nak masuk sini tak perlu bayar apa apa pun

tapi kalau nak main ride itu wajib bayar

Kalau tak dok tengok je la



Ni kawasan macam tempat persembahan Diansour

Pelbagai jenis & nama Dinasour

Kalau Uyui sekali tengok macam sama je semua dinasour nya

hihihii

Anak dara sorang ni nak bergambar je tak sudah nya




Ni area bahagian luar

LAgi banyak replika Dinasour nya

Seperti di habitat diorang



Ni separuh sepupu sepapat Darwisy

Separuh lagi tinggal kat kampung



Kaunte tiket nya pun comel je




Tapi tempat nya kecil je

Tak luas sangat pun

Tak dan penat lagi tiba tiba dah sampai ke hujung

^_^

Asalkan anak anak seronok mama papa dah ok dah
Janji puas hati

Thursday, 15 August 2019

Thursday, 8 August 2019

Finally Result Darwisy

August 08, 2019 3 Comments
Jam 4 petang Uyui sampai di Columbia Hospital
Tapi klinik nya dah tutup
sangkanya kol 5 baru tutup
Alahai terpaksa pergi ke bahagian Emergency


Darwisy memang tak boleh jalan
berdiri pun susah
sebab kakinya sakit sangat
kata Darwisy
Jadi terpaksa la duduk di wheelchair




Muka Darwiys dah cuak sangat bila mama nya kata ''Jom pergi hospital''
Sebenarnya bukan buat apa pun
cuma nak x ray apa yang berlaku kat kaki dia tu
Agakanya fikiran dier dh macam macam agaknya


Biasalah pendaftaran tu wajib
pergi mana mana hospital pun memang wajib daftar

Settle bab daftar
tak sampai setengah jam dah boleh jumpa doktor dah
Dr soal siasat punca sakit jadi Dr ambil keputusan kena Xray la kakinya tu


Terus pergi Xray
Mr Macho & Darwisy je yang masuk bilik Xray tu sebab waktu Damia pun ikut
jadi Uyui tak boleh nak ikut sekali

Selesai Xray
dah dapat result Xray
Dr panggil semula

Alhamdullillah tiada yang patah atau retak
cuma otot tisu nya koyak
tu yang membuatkan peha nya sakit sangat sampai tak boleh nak jalan

Jadi Dr sarankan Darwisy tak boleh nak bergerak aktif lagi selepas ni
Boleh aktif tetapi aktiviti yang tidak terlalu berat
Sebab buadak budak otot  & tulang nya sangat sangat rapuh jadi memang kena jaga jaga

Dr cuma bagi ubat painkiller supaya boleh hilang sakit nya
setiap 8 jam wajib makan ubat
sehingga ubat habis


Punca Darwisy jatuh katanya kawan kawan nya tolak eaktu dia tengah melukis di meja
macam pelik sebenarnya.takkan la tengah duduk jatuh sampai tak boleh berjalan
impact sangat sangat kuat kalau sampai tisu koyak

Alahai darwish oh darwisy
Hati mak mana yang tak risau tiba tiba bangun pagi anak tak boleh berjalan
pergi tandas semua perlu dipapah

Alhamdullillah dah 8 hari berlalu
kaki Darwisy dah semakin ok
cuma dalaman nya kita tak tau dah pulih sepenuh nya atau pun tidak


Moga semuanya baik baik saja

*Sekarang dah boleh berlari..mama nya yang risau lebih takut sakit semula

Thursday, 1 August 2019

Darwisy Kena Refer Hospital

August 01, 2019 6 Comments
Assalamualaikum

Dugaan di hari pertama menjadi suri suri rumah

Elehh macam la tak pernah jadi suri rumah kan
😁😁

Cuma hari ni Darwisy mengadu yang kaki nya sakit sangat

Jadi Uyui ambil.keputusan untuk bawa ke Hospital untuk buat X Ray

Sebab dah bawa ke klinik Syifa Kangkar Pulai

Dr Rizal pun bekas pakar tulang HSA

Jadi bila Dr Rizal buat pemeriksaan lanjut pada kaki Darwisy


Dr sarankan buat Xray 
Untuk lebih detail
Takut tulang patah @ tisu koyak

Bila Uyui tanya macam mana boleh jadi macam ni

Darwisy cuma cakap kawan nya tolak semasa dia tengah melukis di tempat duduk nya di kelas

Kawan yang tolak dia pun dia tak tahu siapa

Sekarang nak pergi kemana mana pun tak boleh berjalan sendiri

Perlu di papah

Alahai Darwish oh Darwisy

Semoga semuanya dipermudahkan

Aminn

I'm Fully Housewife !

August 01, 2019 3 Comments
Alhamdullillah
untuk memegang jawatan suri rumah ni bukan senang
dengan zaman sekarang yang semakin mencabar
dari segi ekonomi, dan persekitaran

Uyui ambil keputusan untuk kembali menjadi suri rumah sepenuh masa adalah disebabkan keluarga terutamanya anak anak yang lebih memerlukan Uyui buat masa sekarang ni

Bukan Uyui tak pernah bekerja & bukan Uyui tak pernah menjadi suri rumah sepenuh masa
2 jawatan tu sangat sangat berbeza dan besar tanggungjawab nya

2013 May Uyui bekerja semula setelah lama tidak bekerja
masa tu Darwisy umur baru 8 bulan

2015 Aug, Uyui berhenti dan menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah
dan pada masa tu Uyui dah lahirkan Damia dan waktu tu kalau tak silap umur 4 bulan

2018 Aug, Uyui kembali bekerja atas permintaan HOD sebab untuk membantu nya di office
Katanya nak ambil staff baru maybe ambil masa nak mengajar

2019 Aug genap setahun Uyui berkerja, kini Uyui letak jawatan semula
dan akan terus kembali menjadi suri rumah sepenuh masa

Apa yang Uyui rasa sekarang?
Uyui rasa sangat sangat best, masa sangat flexible
tak terikat
tak payah nak fikir nak amik cuti kalau anak tak sihat
tak payah fikir itu & ini

Anak anak pun seronok sebab mama nya ada depan mata untuk perhatian yang lebih

Tetapi berhenti kerja & menjadi suri rumah sepenuh masa ni,
masih ada cabaran nya yang tersendiri
hati wajib lebih kental melayan kerenah anak anak yang semakin membesar
Insyaallah semuanya dipermudahkan untuk Uyui memegang jawatan sebagai suri rumah sepenuh masa ya

Doakan Uyui ya !



Tuesday, 23 July 2019

Happy Bezday Ayah

July 23, 2019 0 Comments
Happy Birthday Ayah !

Alkisahnya 17 July 2019 bezday ayah yang ke 57 tahun

Katanya umur je tua
Tapi jiwa muda
Haaaa gituu..


Sebenarnya takde plan apa apa pun
Semua nya bekerja
Tapi bila dh petang dok kat kat office
Dok terpikir
Celebrate bezday ayah dengan brownies lahh

Tapi siapa pulak yg nak membuatnya
Dengan last minit nya
Confirm takde atau mahal dari biasa


Kalau tak cuba cuba kita tak tau kan
Jadi cari la seller dalam group Delivery Taman U kalau tak silap Uyui
Sekali discuss tak sampai 10minit
Terus closed deal
Mula mula macam tak percaya
Tapi why not kan
Insyaallah semua nya akan dipermudahkan
Katanya jam 6.00pm petang dia hantar


Jam 5.45pm dia dah whatsapp
Yang dier dah otw
Mudah berurusan & sangat simple



Rasanya chewy chewy gitu
Sedap bebeno
Kalau letak aiskrim vanila sebelah dier tu
Lagi la kan



Brownies punya pasal..bergambar dengan bezday boy pun takde
Hihihi..

Bezday boy pun dok ngap brownies tak sudah sudah nya
😂😂😂😂

Nak mencari brownies ni

Fb : syazwani medina
Ig : Medina_licious
No hp : 018 952 3144

Wednesday, 17 July 2019

Monday, 15 July 2019

Resepi : Udang Masak Bali

July 15, 2019 4 Comments
Yeehaaa
Cuti hujung minggu takde buat apa
So Uyui masuk dapur
mencari olahan resepi baru

Udang Masak Bali

Selalunya kita masak 
Ayam Masak Bali kan

Kali ni kita tukar selera sikit

Udang masak Bali

Jom kita tengok apa bahan bahan nya
Cara cara masak

Bahan Bahan

1. 1 Tangkai Daun Kari 
(Kalau Uyui suka daun kari banyak banyak sebab 1 daun kari tu kalsium nya sangat tinggi dalam tubuh badan manusia)

2. 2 tangkai serai..nak lagi sedap lebih pun tak pe
3. cili Blend (Bawang merah + bawang putih + cili kering)
4.Secubit garam
5. Secubit Penambah perisa
6. Kicap
7. Udang

Cara - Cara masak


1. Panas kan minyak
2. Masukkan serai + daun kari


3. Tumis cili blend
4. Masukkan garam + penambah perisa


5. Masukkan kicap dalam 5 sudu


6. Masukkan udang


7. Tunggu sampai kering sikit sebab udang keluarkan air bila masak


8. Dah siap boleh la makan ya

Kalau Uyui suka makan time dah sejuk baru feel
^_^

Bertambah tambah kalau makan dengan nasi panas ni

Hancur punah program diet

Selamat Mencuba !

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain