Wednesday 29 May 2019

Monday 27 May 2019

Jom Ke Kiddomo Discovery !

May 27, 2019 5 Comments
Tiba tiba rasa seronok gila bila dapat tahu Uyui salah seorang pemenang giveaway Kiddomo by kak Siti Rohaida Yusuf

Anak anak lagi la seronok bila dapat tahu nak pergi ke lokasi kejadian

Eksited sungguh !

anak anak dah menghilang dalam tu
makcik makcik yang over nak masuk juga
tu yang posing dulu

Antara activiti yang menarik kat sini adalah 

Artistic Play
Art Live
Interactive Play
Interactive Slide
Sing + Dance @Kara O Kid
Papercraft Experience
Play Together
Dino Discovery


Kita akan diberikan wrist bend ni untuk kita main semua activity yang ada kat dalam tu
Dan setiap kali kita nak main kita kena scan dulu di setiap station

Sangat exciting

Sebelum main..wajib snap gambar dulu...
kalau tak memang dah dan nak bergambar macam gini

Interactive Slide
Bila setiap kali kiti turun slide tu ada markah 
^_^



Kara O Kid
memang best tapi masa kitorg masuk under maintenance sekejap
so tak kesampaian anak anak nak karoke

Paper Craft Experience
Kanak kanak akan diberi sekeping kad dalam pelbagai design
Anak anak perlu warnakan scan di kawasan yang ditetapkan dan boleh tengok hasil anak anak di dalam screen besar

Play Together
Kat sini sangat relax
sesuai untuk baby
bagi ibu ibu yang breastfeed boleh relax kat sini sambil tengok rancangan baby 
ada yang sampai tertido kat sini






Terdapat juga kafe untuk anak anak yang lapar atau haus
Boleh relax disini



Dimana Kiddomo Innovation Center ini?
Beroperasi di dalam R&F Mall, bedekatan dengan CIQ JB

Harga Tiket seperti yang tertera

Kalau korang nak jengah FB Kiddomo pun boleh
FB : mykiddomo
IG : kiddomo


Thursday 23 May 2019

Resepi : Pancake Telur Ikan Mayong

May 23, 2019 6 Comments
Terjumpa Telur Ikan Mayong 
Tapi Tak tau nak masak ape kan

Selalu yang kita dengar masak asam pedas je kan

haaaa
kali ni Uyui nak ajar cara macam mana nak buat pancake Telur ikan Mayong

Resepi sebenarnya dari nenek Uyui
jadi diturunkan kat Ayah Uyui
Turun jatuh gedebuk ke Uyui pulak

hahahaha

Dah jom tengok resepi

ni telur ikan mayong sebelum di cuci ya

Bahan bahan nya adalah

Telur Ikan Mayong
Nasi Putih Sejuk
Garam
Serbuk Perasa
Cili Merah
Bawang Merah
Daun Sup
Daun Bawang

Cara Caranya adalah

1. Separuh telur ikan tu blender kan sekali dengan nasi putih sehingga hancur

2. Dah siap blender telur ikan tu, masukkan kan dalam mangkuk dan campurkan separuh lagi telur ikan yang tidak diblender tu

3. Pastu masukkan la garam, serbuk perasa secukupnya, cili merah & sedikit daun sup

4. Dah gaul semua dalam mangkuk, pastu boleh la digoreng seperti kita goreng telur dadar

5. Bila dah masak boleh diangkat dan dipotong pankek telur ikan duri dan boleh dimakan macam tu saja atau makan dengan nasi pun sedap


taaaaaa daaaaaa
dah siap !
Gebukan pancake Telur Ikan Mayong tu
^_^

Tak sempat nak snap gambar satu satu peringkat
sibuk nak masak lauk lain sekali
gambar permulaan dengan kesudahan je yang dapat gambar nya

Rasa dier bila dah goreng lagi lemak lemak sedap
itu pendapat Uyui la
^_^

Selamat Mencuba
&
Selamat Berbuka Puasa




Thursday 16 May 2019

Telur Ikan Mayong

May 16, 2019 10 Comments
Salam Ramadhan Ke 11

Baru hari ke 11 dah tak tau nak masak apa

Round kat pasar Kip Mart fikiran tu kosong

sekali ternampak Telur Ikan Mayong ni

haaaaaaa

Resepi nya adalah 

Pancake Telur Ikan Mayong

Insyaallah Ain akan update resepi nya ya


^_^

Friday 3 May 2019

Tamat Sudah Pesta Konvo UTM

May 03, 2019 0 Comments
Kemeriahan Pesta Konvo setiap tahun memang wajib dirasai untuk warga Johor

Tak terlepas untuk Uyui

Tahniah buat semua Graduan yang meraikan majlis Konvokesyen

Sangat sangat meriah dan akan ada perasaan teruja apabila ada Pesta Konvo UTM ni

Dengan beberapa hari yang tinggal untuk kita menyambut Ramadhan ni

Memang sangat sesuai bagi yang belum mendapatkan baju raya anak anak

Murah & kualitinya pun terbaik




 tak boleh nampak yang berwarna warni gini..
wajib GRAB !













Get ready for Ramdhan ?

Selamat Berpuasa !

Salah silap harap dimaafkan

^_^

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain