Tuesday 30 April 2019

The Straits Kopitiam - Special For Ramadhan

April 30, 2019 8 Comments
The Straits Kopitiam Ulu Tiram NSK Ulu Tiram merupakan outlet yang pertama
yang bertapak di Johor dimana konsep Kopitiam yang bertemakan Colonial hitam & putih dipilih untuk menepati keselesaan pelanggan

Tema hiasan dalaman nya juga classic & santai. Pelanggan juga boleh memilih untuk bersantai bersama keluarga samada di bahagian luar dan juga diruangan dalam 
Bagi yang ingin kan yang lebih privasi boleh membuat pilihan untuk berada di bahagian dalam.


Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan sangat sangat berpatutan

Bermula beroperasi seawal 10.00 pagi


The Straits Kopitiam menawarkan set Ramadhan terbaik untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak 
Dimana mereka menawarkan 2 set Ramadhan istimewa iaitu 
Nasi Ambang
Rewang Beryani

Bagi yang sangat meminati Nasi Ambang ia sangat dialukan untuk merasai kelazatan Nasi Ambang by The Straits Kopitiam dimana kelazatan Nasi Ambang ini berbeza dan lain dari yang lain

Sebelum ini Uyui tidak pernah meminati Nasi Ambang
tetapi apabila merasai kenikmatan Nasi Ambang by The Straits Kopitiam ni Uyui terus jatuh cinta untuk terus menikmati Nasi Ambang
I really love It
1 Set Nasi Ambang + Sirap Limau Selasih hanya RM9.80


Bagi Set Kedua Ramadhan adalah Rewang Beryani dimana 1 set ini sangat sesuai untuk pengunjung yang menginginkan set yang sangat mudah & simple bagi menu juadah berbuka puasa.
Sesuai 3 orang ke 4 orang dalam 1 set Rewang Beryani

Di dalam set ini, hidangan lengkap yang disediakan sangat lengkap 
dan harganya pun sangat berbaloi baloi
Set lengkap Rewang Beryani ini hanya RM58.80 sahaja


Ingin menikmati Hidangan seperti Kenduri Kahwin di Bulan Ramadhan
Anda boleh menikmatinya di The Straits Kopitiam Ulu Tiram Johor

The Straits Kopitiam juga menyediakan pencuci mulut yang sangat sangat istimewa untuk setiap pelanggan dimana The Straits Kopitiam memperkenalkan 
Ais Kepal
dimana kita tak akan dapat Ais Kepal ni di Johor
Jadi dengan itu The Straits Kopitiam Tiram memperkenalkan Ais Kepal Original untuk para pelanggan buat pertama kali nya dengan harga serendah RM2.30


Cendol

dan semua resepi pencuci mulut didatangkan khas resepinya dari Penang

Juga terdapat Laksa Penang, Laksa Johor & Mee Asam Nyonya

 Mee Asam Nyonya

 Laksa Penang

Laksa Johor

Lokasinya juga sangat mudah untuk dijejaki bagi pengunjung pertama kali singgah di Johor

Waktu Perniagaan adalah 10.00am sehingga 10.00pm
Dibuka Setiap Hari

Bagi yang teringin nak merasai keenakkan setiap resepi dari The Straits Kopitiam
& nak chill chill dengan member boleh datang lepak sini


The Straits Kopitiam adalah Lokasi Wajib singgah ! 


Friday 26 April 2019

Let's Go To The Straits Kopitiam !!!

April 26, 2019 4 Comments
You're Invited

Come Let's Join Us


You are cordially invited to our Grand Opening Ceremony tomorrow, 26th April 2019.

We are open from 10am to 10pm

Media & Blogger Session starts 3pm

Celebrating anak yatim also 3pm

Kids activities 12 noon onwards

Opening Promotion :

- Ais Kepal 20 cents (whole day, while stock lasts) 

- Nasi Lemak bungkus 50 cents ( for 1st 50 customers)

- Roti Jala Rm1.00 (for 1st 50 customers)

- Mi Siam Kuah Rm1.00  (for 1st 100 customers *STARTS 11AM ONWARDS*

Come and visit The Straits Kopitiam!

^_^

Wednesday 24 April 2019

Tuesday 23 April 2019

Kembali Open Order !

April 23, 2019 4 Comments
Ayoyoyo

setelah sekian lama tak bukak kedai kek Uyui ni

Sekali buka Alhamdullillah 

sambutan hangat

sentiasa ada order untuk pelbagai majlis

Alhamdullillah rezeki kami sekeluarga

Setakat ni Uyui cuma open order untuk Kek Coklat Moist sahaja

Pavlova masih belum lagi

cream Puff pun masih belum lagi

Insyallah 1 hari nanti


Cakkk..!!

Mini Coklat Moist

Ni baru siap malam tadi untuk majlis befday anak dekat taska


Taaa Daaa..

Siap untuk dimakan !

Ada yang berminat nak order untuk dijadikan goodies

atau nak makan saja saja pun boleh

Boleh Whatsapp Uyui ya

+6019 701 9384

^_^

Monday 22 April 2019

Teringin Ke Nak Pakai Kasut Ni?

April 22, 2019 2 Comments

Alhamdullillah ..

lame dh x update blog ni..


dah x lame lagi je nak raya ni..
hihihi..
persiapan raya??
beres...siap dah..
tggl nak menggayakan je ni..hihihi..

sempena nak raya ni..
of course la beli baju raya baru..kasut baru n semuanya baru la.
hihihi..
ni Uyui nak share kasut-kasut ni..
mane la tau ader jiran-jiran Uyui yang teringin nak pakai kasut mcm ni..
Uyui dh ader kasut dah..tu yang tengok je kasut ni...

Jommm...



unik kan kasut zirafah ni..hihihi..
Uyui rase kalau pakai ssh nak jatuh kot..
sbb ader 2 tumit merangkap kaki zirafah..^_^



 yang ni bebudak mmg suke la kot pakai.



 yang ni Gadis tengok dah mcm kasut pakcik McD pun yer.



 bagus jugak kasut ni..
boleh wat simpan barang..
boleh simpan duit raya kat situ..hihih


Uyui rase pemakai kasut ni mmg pemalas nye yang amat..
tu yang timbul idea jadi kasut mulut buaya ni..
jadi senang..orang tgk pukan pengotor tapi unik..hihih
bijak-bijak..


ni mmg Uyui paling geli nak pakai..
sbb kalau Uyui pakai kira dah bukan kaki sebenar..
baik Uyui kaki ayam je...
hahahaah

so amacam..??
dh ader yang berkenan??
Uyui pun x tau kat mane ader jual kasut-kasut pelik ni..
hihihi..


^_^


Tuesday 16 April 2019

Kalau Dah Nama Wanita...

April 16, 2019 4 Comments
Alkisah 2 minggu yang lepas

Uyui dengan Mr Macho memang malas dan takde idea nak kemana mana

Tapi bila sampai idea nya tu

Shopping secara tiba tiba

Biasa la kalau dah nama perempuan

Kasut ke
Handbag ke
Baju ke

Mata tu dok membelek belek 

lama lama bayar terus

Lagi kalau nampak baju anak anak memang grab terus bila nampak yang murah

Biasala PDI JPO tu sentiasa sale aje

Haisyyyy


Ain dok round JPO & Aeon Bandar Dato Onn

Tak sempat nak snap apa apa

Balik rumah baru sempat snap apa yang Ain beli

Ain apa lagi kalau bukan koleksi kasut

Mr Macho dah faham sangat dah perangai wife nya ni

^_^



Harga pun murah

Kalau mahal harapnya tengok je la..

Total kasut 4 pasang tu tak sampai RM50.00 pun

Berbaloi baloi

Sekali buat kasut raya

ha ha ha

Ain memang suka aksesori warna terang terang gitu

Baju takpe warna hitam

*sesekali mama pun nak shopping juga..^_^

Wednesday 10 April 2019

Friday 5 April 2019

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain