MEDIA SOSIAL - FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER : @ARIQAZHAFIOFFICIAL |
Kenapa beliau
digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada
masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.
Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan
dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau
ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori
masalah pertuturan.
Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Saya terdetik untuk
bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada
minat,Ariq nak
membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih
baik.
Menurut kata
ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak
dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.
Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya.
Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.
Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya.
Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.
LAGU “KITA”
SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN
Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.
"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara
keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan
satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga
adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.
Akhir sekali,
ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan
syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama,
Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak
terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak
berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk
Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.
Kepada Uncle
Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala
semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo
FM terima kasih diatas segalanya.
Terima kasih kepada
Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan
Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo
and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in
every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga
kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga
untuk menjayakan Video Klip "KITA"
Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!
Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."
- Ariq Azhafi -
assalamualaikum uyui...memang terbaik la...
ReplyDeletewaalaikumussalam....^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah ariq berjaya serlahkan bakat yg ada.
ReplyDeleteSemoga adik Ariq berjaya dalam apa jua yang diimpikan..
ReplyDelete