Tuesday, 30 April 2019

The Straits Kopitiam - Special For Ramadhan

The Straits Kopitiam Ulu Tiram NSK Ulu Tiram merupakan outlet yang pertama
yang bertapak di Johor dimana konsep Kopitiam yang bertemakan Colonial hitam & putih dipilih untuk menepati keselesaan pelanggan

Tema hiasan dalaman nya juga classic & santai. Pelanggan juga boleh memilih untuk bersantai bersama keluarga samada di bahagian luar dan juga diruangan dalam 
Bagi yang ingin kan yang lebih privasi boleh membuat pilihan untuk berada di bahagian dalam.


Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan sangat sangat berpatutan

Bermula beroperasi seawal 10.00 pagi


The Straits Kopitiam menawarkan set Ramadhan terbaik untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak 
Dimana mereka menawarkan 2 set Ramadhan istimewa iaitu 
Nasi Ambang
Rewang Beryani

Bagi yang sangat meminati Nasi Ambang ia sangat dialukan untuk merasai kelazatan Nasi Ambang by The Straits Kopitiam dimana kelazatan Nasi Ambang ini berbeza dan lain dari yang lain

Sebelum ini Uyui tidak pernah meminati Nasi Ambang
tetapi apabila merasai kenikmatan Nasi Ambang by The Straits Kopitiam ni Uyui terus jatuh cinta untuk terus menikmati Nasi Ambang
I really love It
1 Set Nasi Ambang + Sirap Limau Selasih hanya RM9.80


Bagi Set Kedua Ramadhan adalah Rewang Beryani dimana 1 set ini sangat sesuai untuk pengunjung yang menginginkan set yang sangat mudah & simple bagi menu juadah berbuka puasa.
Sesuai 3 orang ke 4 orang dalam 1 set Rewang Beryani

Di dalam set ini, hidangan lengkap yang disediakan sangat lengkap 
dan harganya pun sangat berbaloi baloi
Set lengkap Rewang Beryani ini hanya RM58.80 sahaja


Ingin menikmati Hidangan seperti Kenduri Kahwin di Bulan Ramadhan
Anda boleh menikmatinya di The Straits Kopitiam Ulu Tiram Johor

The Straits Kopitiam juga menyediakan pencuci mulut yang sangat sangat istimewa untuk setiap pelanggan dimana The Straits Kopitiam memperkenalkan 
Ais Kepal
dimana kita tak akan dapat Ais Kepal ni di Johor
Jadi dengan itu The Straits Kopitiam Tiram memperkenalkan Ais Kepal Original untuk para pelanggan buat pertama kali nya dengan harga serendah RM2.30


Cendol

dan semua resepi pencuci mulut didatangkan khas resepinya dari Penang

Juga terdapat Laksa Penang, Laksa Johor & Mee Asam Nyonya

 Mee Asam Nyonya

 Laksa Penang

Laksa Johor

Lokasinya juga sangat mudah untuk dijejaki bagi pengunjung pertama kali singgah di Johor

Waktu Perniagaan adalah 10.00am sehingga 10.00pm
Dibuka Setiap Hari

Bagi yang teringin nak merasai keenakkan setiap resepi dari The Straits Kopitiam
& nak chill chill dengan member boleh datang lepak sini


The Straits Kopitiam adalah Lokasi Wajib singgah ! 


8 comments:

  1. memang wajib singgah lepas ni kalua lalu ke Kota Tinggi

    ReplyDelete
  2. nasi ambenggggg dapppn nyeewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..memang sedap nasi ambang nya..^_^

      Delete
  3. Ada baucer, nanti pose bolehla moreh kat sini heheheheh

    ReplyDelete
  4. suka kopitiam style kolonial mcm ni...ABC dia..*drooling*..

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain