Thursday, 23 May 2019

# mama3dlife # My Diary

Resepi Pancake Telur Ikan Mayong

Terjumpa Telur Ikan Mayong 
Tapi Tak tau nak masak ape kan

Selalu yang kita dengar masak asam pedas je kan

haaaa
kali ni Uyui nak ajar cara macam mana nak buat pancake Telur ikan Mayong

Resepi sebenarnya dari nenek Uyui
jadi diturunkan kat Ayah Uyui
Turun jatuh gedebuk ke Uyui pulak

hahahaha

Dah jom tengok resepi

ni telur ikan mayong sebelum di cuci ya

Bahan bahan nya adalah

Telur Ikan Mayong
Nasi Putih Sejuk
Garam
Serbuk Perasa
Cili Merah
Bawang Merah
Daun Sup
Daun Bawang

Cara Caranya adalah

1. Separuh telur ikan tu blender kan sekali dengan nasi putih sehingga hancur

2. Dah siap blender telur ikan tu, masukkan kan dalam mangkuk dan campurkan separuh lagi telur ikan yang tidak diblender tu

3. Pastu masukkan la garam, serbuk perasa secukupnya, cili merah & sedikit daun sup

4. Dah gaul semua dalam mangkuk, pastu boleh la digoreng seperti kita goreng telur dadar

5. Bila dah masak boleh diangkat dan dipotong pankek telur ikan duri dan boleh dimakan macam tu saja atau makan dengan nasi pun sedap


taaaaaa daaaaaa
dah siap !
Gebukan pancake Telur Ikan Mayong tu
^_^

Tak sempat nak snap gambar satu satu peringkat
sibuk nak masak lauk lain sekali
gambar permulaan dengan kesudahan je yang dapat gambar nya

Rasa dier bila dah goreng lagi lemak lemak sedap
itu pendapat Uyui la
^_^

Selamat Mencuba
&
Selamat Berbuka Puasa




6 comments:

Farah Dinah Hassan said...

uniknyaa resepi ni.. boleh cuba nanti!

Sunah Sakura said...

gebunyaaa kejadian dia ya! pestime nii tengok telur mayong buat pancake!

Sis Lin said...

Uii lain dari yang lain...
kalau Sis tu dah sayang, tak tergamak telur mayomg bt pancake, baik ku gulaikan hahahaha

Mama3D said...

Selamat Mencuba !

Mama3D said...

nama je pancake tapi takde bahan buat cake pun..hihihi^_^

Mama3D said...

hahahaha...

Follow Us @soratemplates | ainmama3d | edit by Nurul Ain